Monday 27 February 2012

Anugerah Tokoh Nilam Negeri Johor 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini.Sebelum itu,saya ingin meminta maaf kerana kelewatan saya menulis post baharu dan terima kasih juga saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi mengunjungi blog saya ini.

Seperti yang telah saya maklumkan kepada anda pada post yang sebelum ini,saya akan mewakili Daerah Pasir Gudang untuk pertandingan Tokoh Nilam Negeri Johor 2012 dan syukur ke hadrat Ilahi kerana untuk makluman semua,saya bersama-sama wakil dari daerah Pasir Gudang yang lain telah berjaya memenangi anugerah dalam pertandingan tersebut.Sebelum saya tuliskan nama pemenang semua,saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya sepanjang berada di BTPN Johor yang mana merupakan antara pengalaman paling manis dalam hidup saya.Ceh....hehe

Untuk makluman semua,pertandingan ini diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) Johor pada 21-23 Februari 2012 dan sepanjang itulah saya berserta wakil dari daerah lain bertanding untuk merebut gelaran Tokoh Nilam Negeri Johor 2012.Seramai 10 daerah telah menghantar wakil masing-masing dan tidak terkecuali lah saya serta rakan-rakan saya seramai 3 orang mengikut kategori masing-masing.Tak silap saya,semua peserta seramai 37 orang semuanya.

Pada hari pertama,aktiviti yang tidak lain tidak bukan ialah pendaftaran peserta.Waktu ni,semua wakil dari daerah lain memang 'smart',,,sampai saya rasa rendah diri sangat dengan penampilan saya.Mana tak nya,yang lelaki lengkap dengan vase,blazer,dangan kasut kulit lagi.Saya seorang je yang memakai kasut kanvas.Seterusnya,taklimat pertandingan.di bilik gemilang.Taklimat ni memang penting untuk panduan kami selama berada di sana.Seterusnya,sesi ice breaking(paling suka sesi ini),,,kami semua berkenalan satu sama lain.Waktu tu,memang saya 'excited' sangat sebab teringin sangat kenal dengan wakil daerah lain kan.hehe....Lepas tu ada sesi bergambar dan tibalah ke ujian yang pertama iaitu Penulisan....Isu yang diberikan agak susah,maksudnya bukanlah terlalu senang dan bukanlah terlalu susah.Tapi kami semua dapat menghabiskan ujian tersebut dengan masa yang ditetapkan.

Pada waktu petang,ada aktiviti jejak maklumat di Perpustakaan Awan Johor.Aktiviti ni dalam erti kata lainnya ialah 'explorace',,daerah pasir gudang telah berjaya mendapat tempat ke-4(Terima kasih kepada akak yang tolong kumpulan kami bagi maklumat)..Pada waktu malam,diadakan ceramah komunikasi berkesan.Saya agak kecewa dengan diri saya dalam slot ini kerana saya tidak mampu menjawab satu soalan yang diberikan.Secara keseluruhannya saya agak tidak berpuas hati dengan hari pertama saya di sana sebab saya tidak berjaya menonjolkan diri.:'(

Pada hari ke-2,ujian temu duga dijalankan.Semua wakil memang berdebar pada masa ni sebab 'cuak' tak tahu apa akan ditanya oleh hakim nanti.Kami awal-awal pagi da bangun untuk bersedia.Bermula dengan temu duga individu yang terbahagi kepada 2,,iaitu : 

1)-kemahiran perpustakaan dan pengetahuan am
2)-persembahan dan penonjolan bakat

Dalam ujian temu duga individu yang ke-2 memang kelakar,ada rakan saya yang kena mengaji lah,kena bersyair lah,kena menyanyi lagu lah dam macam-macam lagi.Selesai sahaja ujian temu duga individu,kami diuji lagi dalam temu duga berkumpulan.Apa yang kelakarnya dalam kumpulan kami semasa temu duga tersebut adalah kami terlalu memberi kerjasama,contohnya :

"Pada pendapat saya,,,kita seharusnya bla bla bla bla...Apa pendapat saudari pula?"
"Pada pendapat saya,,,..selain daripada bla bla bla bla bla bla...Pendapat saudari bagaimana?(tunjuk pada yang belum bagi pendapat)"

Sehinggakan,semangat 'kerjasama' kami ini ditegur oleh ketua hakim.Tapi kami berpuas hati sebab kami memberi peluang kepada rakan-rakan yang masih belum bercakap.Pada waktu malam,setiap daerah wajib membuat satu persembahan yang dipanggil Malam Kebudayaan.Pada malam ini,saya telah berlakon sebagai 'Setan Boroi' dan kumpulan kami berjaya mendapat johan keseluruhan.Saya sangat berpuas hati pada hari ke-2 sebab saya telah berjaya memberikan yang terbaik seperti yang saya janjikan pada guru-guru saya.hehe...

Pada hari ke-3,inilah hari yang kami semua nanti-nantikan sebab keputusan akan diumumkan.Bangun je daripada tidur dah 'nervous' dah....Lepas bersiap dan kemas apa yang patut,kami bertolak ke bangunan JPN Johor.Semasa berada di Auditorium JPN Johor,hampir semua peserta berdebar menantikan keputusan yang bakal diumumkan.Semasa keputusan diumumkan,alhamdulillah saya berjaya memenangi Johan Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar dan sekaligus menjadi Tokoh Nilam Negeri Johor 2012.Saya juga akan mewakili Negeri Johor ke peringkat kebangsaan pada 26 April ini,saya harap agar anda semua mendoakan yang terbaik untuk saya.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Khamsiah kerana bertungkus lumus membantu saya untuk dalam banyak aspek.Tidak lupa kepada guru-guru daerah pasir gudang yang lain,Cikgu Mahanum dan Cikgu Dayang kerana sentiasa membantu saya sepanjang pertandingan tersebut.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada panel hakim yang mempercayai saya dan memilih saya sebagai Tokoh Nilam Negeri Johor 2012.Terima kasih saya ucapkan.Tidak lupa kepada keluarga saya yang sentiasa menyokong saya.Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya sepanjang pertandingan tersebut terutamanya kategori luar bandar yang sangat sporting dan 'kerjasama'...hehehe
Terima kasih.Di sini,saya sertakan senarai pemenang anugerah :


TOKOH NILAM SEKOLAH MENENGAH
-Daerah Pasir Gudang, SMK Seri Alam 2, Nadsri Bin Amir

TOKOH NILAM SEKOLAH RENDAH
-Daerah Muar, SK Bakri Batu 2, Nurul Hana Nadira Binti baharuddin

KATEGORI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR
Johan, Daerah Muar, SK Bakri Batu 2,  Nurul Hana Nadira Binti Baharuddin.
Naib Johan, Daerah Batu Pahat, SK Bukit Rahmat, Farhani Nabiha Binti Mohd Yazi.
Ketiga, Daerah Pasir Gudang, SK Taman Rinting 3, Dakshayani a/p Nagarathanam

KATEGORI SEKOLAH RENDAH BANDAR
Johan, Daerah Muar, SK Convent, Nur Amira Batrisyia Binti Mohamad.
Naib Johan, Daerah Johor Bahru, SK Taman Desa Skudai, Hana Ameena Binti Mohamad Roji.
Ketiga, Daerah Batu Pahat, SK Tengku Mariam, Areen Maisara Binti Abdul Malek.

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR
Johan, Daerah Pasir Gudang, SMK Seri Alam 2, Nadsri Bin Amir
Naib Johan, Daerah Mersing, SMK Ungku Husin, Zaiton Binti Mohamad Khalid.
Ketiga, Daerah Kulai, SMK Kangkar Pulai, Ahmad Mustafa Bin Azaman.

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BANDAR
Johan, Daerah Johor Bahru, Sekolah Tun Fatimah, Fatihahtul Hanan Binti Md Nor.
Naib Johan, Daerah Kulai, SMK Bandar Putra, Siti Mardhiyah Lee Binti Muhammad Hisyam Lee.
Ketiga, Daerah Pasir Gudang, SMK Dato Penggawa Timur, Rabbiaatul Addawiyah Binti Imawana



Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang pertandingan tersebut.....




bergambar bersama Timbalan Pengarah JPN dan VVIP lain 



        pelajar SM luar bandar yang sporting dan 'kerjasama'...hehe



   
semasa aktiviti Jejak Maklumat di Perpustakaan Awam Negeri Johor

Cikgu Mahanum tengah 'busy' mekapkan saya

semasa persembahan kami

  
                            Cikgu Kham dan saya                                                 kelakar tengok muka Rabbiah kat situ...
.
  
buku-buku Nilam saya yang telah dibukukan

wakil dari Daerah Pontian dengan persembahan mereka : Lagenda Mahsuri

Menakutkan tak...hehe

Naib Johan Malam Kebudayaan...memang lawak..

Daerah Pasir Gudang....fewit....!


                             wajah-wajah gembira                                    kenangan dengan Zahrah(SK Taman Rinting 2)


sempat lagi bergambar tengah-tengah malam...hehe


di bangunan JPN Johor

                                 Johan SM Luar Bandar                                                      dengan Pn Helen


bergambar dengan piala dan sijil

peserta Sekolah Rendah


bergambar bersama peserta Sekolah Menengah


wakiil dari Daerah Pasir Gudang


Dakshayani,Nadsri Bin Amir,Rabbiatul,Sharifah Zahrah

Sekian...Terima Kasih...





Sunday 19 February 2012

Cara Untuk Cepat Tidur




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengunjungi blog ini.Baiklah,pada hari ini,saya ingin berkongsi dengan  anda tentang cara-cara mudah untuk kita cepat tidur.Sebenarnya  masalah ini sudah lama menghantui hidup saya terutamanya ketika musim cuti sekolah.Ada juga orang cakap saya menghidap penyakit insomnia,tetapi saya rasa saya tidak menghidap penyakit itu kerana masalah ini bukan kerap berlaku kepada saya.

Berbalik kepada topik asal kita,saya yakin ramai dalam kalangan anda juga mengalami nasib yang sama iaitu susah untuk tidur pada waktu malam.Apabila hendak tidur saja  susah,lepas tu ambil keputusan untuk buka 'Facebook' dan buat status 'susahnya nak tidur malam ni'...Lepas tu berjaga dari malam sampai lah ke pagi,,kadang-kadang pukul 4.30 baru boleh tidur...Akibatnya,di sekolah anda akan mudah rasa mengatuk dan biasanya mempunyai daya ingatan yang lemah...Mood anda juga menjadi tidak stabil dan anda akan kurang bertenaga serta cepat berasa letih.

Mengikut fakta yang saya baca,penyakit susah tidur atau insomnia ini akan berlaku kepada manusia sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.Jika berlaku kerap,saya pun tidak tahu kenapa.Tetapi,ada juga orang pernah cakap,kalau terlalu kerap boleh menyebabkan kanser.Kanser apa???,,saya pun tidak tahu.....Sebenarnya,banyak faktor mengapa kita susah untuk tidur,antaranya adalah kita terlalu banyak berfikir ketika hendak tidur.Fikir tentang apa akan jadi pada esok hari,tentang buah hati,ada juga yang berangan-angan.Selain itu,tidur  pada waktu petang juga akan menyebabkan kita susah untuk tidur pada waktu malam.

Berikutan itu,ramai antara kita yang mengambil keputusan untuk mengambil pil tidur.Untuk pengetahuan anda,pil tidur mengandungi kompaun benzodiazepines untuk mempercepat tidur tetapi pada waktu yang sama akan menyebabkan kita terlalu bergantung padanya,malah boleh juga menyebabkan ketagihan.Untuk memudahkan anda,saya akan membahagikan cara-cara untuk cepat tidur ini kepada 2 bahagian ; 

 => Tips Ketika Tidur :

1) Elakkan banyak berfikir dan berkhayal.Tabiat ini akan menjadi satu habit jika kita terus menerus melakukannya.Berfikir dan berkhayal akan menyebabkan kita otak kita bekerja dan sekalligus menyebabkan kita susah untuk tidur.Oleh itu,elakkanlah berfikir dan berkhayal ketika tidur.

2) Elakkan tidur pada waktu asar dan maghrib.

3) Elakkan minum air berkafien pada waktu malam seperti kopi.Minuman seperti ini akan merangsang otak dan saraf anda seterusnya menyebabkan anda sukar tidur.

4) Perbaiki tempat tidur anda.Sebagai contoh,pastikan tempat tidur anda sentisa bersih dan tidak bersepah.Ini juga menyebabkan anda sukar tidur.

5) Elakkan memakan coklat dan minuman bersoda.

6) Berzikir.Cara ini sebenarnya banyak membantu untuk menghentikan tabiat banyak berfikir selain dapat mendekatkan diri kepada Tuhan

7) Setkan dalam minda kita yang kita hendak tidur cepat.Ulang berkali-kali dalam minda kita yang kita ingin tidur cepat.(tips daripada abang saya)

8) Berdoalah sebelum tidur.

9) Gunakan lampu berwarna biru kerana akan mudah membuatkan kita mengantuk.

10) Gunakan penutup mata.(saya amalkan,memang berkesan)

=> Pemakanan : 



1) Amalkan makan ceri.Ceri mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil Melatonin yang membantu memperbetulkan waktu tidur kita.



2) Makan pisang pada waktu malam.Magnesium dan Potassium membantu menrilexkan badan kita dan menenangkan fikiran.



3) Minum susu hangat.Susu hangat juga membantu kita untuk mendapatkan tidur yang lena.(ibu saya selalu buatkan..hehe)


Setakat itu sahaja yang boleh saya kongsikan kali ini.Semua tips ini saya dapati daripada internet,semua tips tersebut saya gabungkan dan jadikan satu post untuk memudahkan anda semua.Selamat mencuba....Sekian,terima kasih.....



Friday 17 February 2012

Pertandingan Tokoh Nilam Daerah Pasir Gudang 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.Pertama sekali,saya ingin memohon maaf kerana sudah 2 hari saya tidak menghantar post baharu.Saya sekarang agak sibuk dengan persiapan bagi Pertandingan Tokoh Nilam Negeri Johor yang akan diadakan pada minggu hadapan iaitu 21-23 Februari.Baiklah kembali kepada topik asal kita,untuk makluman semua pada 8 Februari yang lalu,pihak ppd Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan tokoh nilam yang merupakan aktiviti tahunan mereka.

Untuk makluman semua,pertandingan tokoh nilam ini adalah berdasarkan program nilam yang telah dilakukan di sekolah.Sebagai contoh,jika seorang pelajar sekolah menengah telah membaca dan merekodkan buku lebih daripada 288 dan ke atas,maka dia layak untuk bertanding dalam pertandingan ini.Walau bagaimanapun,semuanya tertakluk dan bergantung kepada guru perpustakaan juga untuk memilih pelajar yang dirasakan sesuai.

Mungkin ramai dalam kalangan anda semua yang berpendapat pertandingan ini agak mudah,rakan-rakan saya juga pernah juga bercakap :

"Ala Nads,kau baca saja lah buku banyak-banyak,nanti kau menang"
"Apa yang susah sangat,baca saja lah buku lepas tu menang"

Untuk makluman semua,pertandingan ini bukan semudah yang disangka,malah pertandingan ini merupakan antara pertandingan yang mencabar pernah saya sertai.Pertandingan ini bukan mencari seorang yang paling banyak membaca buku sebenarnya,tetapi mencari seorang pelajar yang banyak membaca buku,serba-boleh,luas ilmu pengetahuan,berbakat,dan sering menonjol daripada yang lain.Ringkasnya,pelajar yang 'super-talented' dan 'talkative'.Jadi,jangan anggap pertandingan ini semudah yang disangka....

Biasanya,menurut pengalaman saya,pertandingan ini terbahagi kepada 3 pusingan,iaitu 

1) Penulisan,
2) Temu Duga Berkumpulan,
3) Temu Duga Individu.

Bagi pusingan pertama,pelajar akan diberikan satu isu dan dikehendaki menulis karangan tentang kehendak soalan dalam isu tersebut.Segla aspek karangan dan kematangan isi akan diambil kira.Masa yang diperuntukkan hanya 15 minit sahaja.Selepas itu,karangan pelajar akan dinilai dan mana-mana pelajar yang tidak mencapai markah 70% ke atas,akan disingkirkan.

Seterusnya pusingan ke-2 iaitu temuduga berkumpulan.Dalam pusingan ini,yang penting adalah kepetahan bercakap,idea-idea yang diutarakan,kelancaran bahasa,keyakinan semasa berhujah, dan pastikan anda menonjol daripada pelajar yang lain.Biasanya,satu temuduga melibatkan 3-4 orang pelajar.Setelah semua temuduga ke atas semua kumpulan tamat,keputusan akan dikeluarkan dan hanya beberapa orang pelajar sahaja yang dapat masuk ke peringkat akhir(bergantung kepada jumlah peserta).

Di peringkat terakhir iaitu pusingan ke-3,tema akan diberi dahulu dan kita harus memikirkan satu persembahan berdasarkan tema tersebut.Banyak pilihan persembahan yang dibenarkan,seperti sajak,syair,menyanyi,drama,forum dan juga puisi.Kita juga akan diberikan 30 soalan pengetahuan am.Peringkat yang terakhir inilah merupakan peringkat yang anda harus mengeluarkan segala bakat dan kemampuan anda.

Alhamdulillah,dalam pertandingan tersebut,SMK Seri Alam 2 telah mendominasi dengan memenangi tempat pertama dan ke-2 bagi kategori sekolah menengah luar bandar.Berikut merupakan senarai pemenang pertandingan hari itu : 



KATEGORI SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR
PERTAMA:NADSRI BIN AMIR ( SMK SERI ALAM 2)
KEDUA:NURUL NAWWARAH BINTI ABD RAHMAN(SMK SERI ALAM 2)
KETIGA: AMIR LIQMAN BIN MISKANI( SMK NUSA DAMAI)

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BANDAR
PERTAMA:RABBIATUL ADDAWIYAH BT IMAWANA ( SMK PENGGAWA TIMUR)
KEDUA:KABILEN A/L SELVARAJA (SMK PENGGAWA TIMUR)
KETIGA:NURHASYIMAH BINTI AB. HAMID(SMK TAMAN MOLEK)

KATEGORI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR
PERTAMA:DAKSHAYANI A/P NAGARATHANAM ( SK TMN RINTING 3)
KEDUA;NADHIRAH BINTI AHMAD NOORZEN(SK TANJUNG PUTERI RESORT)
KETIGA:AINNUR SHAHIRA BTE JEMAIN(SK BANDAR SERI ALAM)

KATEGORI SEKOLAH RENDAH BANDAR
PERTAMA:SHARIFAH ZAHRAH BINTI SYED MOHAMAD (SK TMN RINTING 2)
KEDUA:SITI NUR DINNA BT SALAMUDDIN ( SK TMN RINTING 1)
KETIGA:PAVITTRA A/P KANESAN (SK TMN RINTING 2)


Oleh itu,di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk  mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu kami untuk berjaya dalam pertandingan ini terutamanya Cikgu Khamsiah.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan serta warga sekolah yang mendoakan kejayaan kami.Terima kasih...
Di sini,saya saya sertakan gambar-gambar suasana ketika pertandingan itu : 

semasa taklimat pertandingan



folio berserta buku nilam kami yang berkonsepkan anyaman.


Cikgu Khamsiah

                 
                             Nurul Nawwarah bt Abd Rahman                               
Siti Noor Syuhada Zainal Abidin





discussing



kenangan di SK Permas Jaya



Sekian,terima kasih.....