Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengunjungi blog ini.Baiklah,pada hari ini,saya ingin berkongsi dengan anda tentang cara-cara mudah untuk kita cepat tidur.Sebenarnya masalah ini sudah lama menghantui hidup saya terutamanya ketika musim cuti sekolah.Ada juga orang cakap saya menghidap penyakit insomnia,tetapi saya rasa saya tidak menghidap penyakit itu kerana masalah ini bukan kerap berlaku kepada saya.
Berbalik kepada topik asal kita,saya yakin ramai dalam kalangan anda juga mengalami nasib yang sama iaitu susah untuk tidur pada waktu malam.Apabila hendak tidur saja susah,lepas tu ambil keputusan untuk buka 'Facebook' dan buat status 'susahnya nak tidur malam ni'...Lepas tu berjaga dari malam sampai lah ke pagi,,kadang-kadang pukul 4.30 baru boleh tidur...Akibatnya,di sekolah anda akan mudah rasa mengatuk dan biasanya mempunyai daya ingatan yang lemah...Mood anda juga menjadi tidak stabil dan anda akan kurang bertenaga serta cepat berasa letih.
Mengikut fakta yang saya baca,penyakit susah tidur atau insomnia ini akan berlaku kepada manusia sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.Jika berlaku kerap,saya pun tidak tahu kenapa.Tetapi,ada juga orang pernah cakap,kalau terlalu kerap boleh menyebabkan kanser.Kanser apa???,,saya pun tidak tahu.....Sebenarnya,banyak faktor mengapa kita susah untuk tidur,antaranya adalah kita terlalu banyak berfikir ketika hendak tidur.Fikir tentang apa akan jadi pada esok hari,tentang buah hati,ada juga yang berangan-angan.Selain itu,tidur pada waktu petang juga akan menyebabkan kita susah untuk tidur pada waktu malam.
Berikutan itu,ramai antara kita yang mengambil keputusan untuk mengambil pil tidur.Untuk pengetahuan anda,pil tidur mengandungi kompaun benzodiazepines untuk mempercepat tidur tetapi pada waktu yang sama akan menyebabkan kita terlalu bergantung padanya,malah boleh juga menyebabkan ketagihan.Untuk memudahkan anda,saya akan membahagikan cara-cara untuk cepat tidur ini kepada 2 bahagian ;
=> Tips Ketika Tidur :
1) Elakkan banyak berfikir dan berkhayal.Tabiat ini akan menjadi satu habit jika kita terus menerus melakukannya.Berfikir dan berkhayal akan menyebabkan kita otak kita bekerja dan sekalligus menyebabkan kita susah untuk tidur.Oleh itu,elakkanlah berfikir dan berkhayal ketika tidur.
2) Elakkan tidur pada waktu asar dan maghrib.
3) Elakkan minum air berkafien pada waktu malam seperti kopi.Minuman seperti ini akan merangsang otak dan saraf anda seterusnya menyebabkan anda sukar tidur.
4) Perbaiki tempat tidur anda.Sebagai contoh,pastikan tempat tidur anda sentisa bersih dan tidak bersepah.Ini juga menyebabkan anda sukar tidur.
5) Elakkan memakan coklat dan minuman bersoda.
6) Berzikir.Cara ini sebenarnya banyak membantu untuk menghentikan tabiat banyak berfikir selain dapat mendekatkan diri kepada Tuhan
7) Setkan dalam minda kita yang kita hendak tidur cepat.Ulang berkali-kali dalam minda kita yang kita ingin tidur cepat.(tips daripada abang saya)
8) Berdoalah sebelum tidur.
9) Gunakan lampu berwarna biru kerana akan mudah membuatkan kita mengantuk.
10) Gunakan penutup mata.(saya amalkan,memang berkesan)
=> Pemakanan :
1) Amalkan makan ceri.Ceri mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil Melatonin yang membantu memperbetulkan waktu tidur kita.
2) Makan pisang pada waktu malam.Magnesium dan Potassium membantu menrilexkan badan kita dan menenangkan fikiran.
3) Minum susu hangat.Susu hangat juga membantu kita untuk mendapatkan tidur yang lena.(ibu saya selalu buatkan..hehe)
Setakat itu sahaja yang boleh saya kongsikan kali ini.Semua tips ini saya dapati daripada internet,semua tips tersebut saya gabungkan dan jadikan satu post untuk memudahkan anda semua.Selamat mencuba....Sekian,terima kasih.....
lampu biru??mana nk cari??
ReplyDeletesetkan dalam kepala nk tidur cepat..hmm..nanti aku cuba..=='
hehehe...kalo ko,,,memang korea je lah dalam fikiran ko...macam mana nak tidur...hehehe
ReplyDeletebaikla saya akan cuba .saya pon susah nak tidur malam
ReplyDeleteSye cuba sis tq
ReplyDelete