Monday 19 March 2012

Perempuan Lebih Suka Berangan Berbanding Lelaki...Setuju tak???^^




 


Salam ukhwah kepada semua pengunjung.....hmm..Lama juga saya tak update blog sejak kebelakangan ni kan....Bukan apa,....Saya terlalu sibuk sehingga tiada masa langsung untuk meng-update blog saya ini...Apa-apa pun,,..saya berjaya mencuri peluang untuk menulis sesuatu agar anda semua tidak jemu mengunjungi blog saya....



Baiklah,,..pada post kali ini,..saya ingin berkongsi satu pendapat tentang Mengapa PEREMPUAN Suka Berangan-angan Berbanding Lelaki.....

Baiklah,,..saya tahu mungkin tajuk post saya pada kali ini agak sensitif dan boleh mewujudkan sentimen antara gender,,..tapi kan,,..melalui pemerhatian yang telah saya lakukan sejak dulu lagi,,..memang terbukti perempuan memang lebih banyak berangan-angan berbanding lelaki....


Menurut pengalaman saya,jika lelaki berbual sesama mereka,,...selalunya tak ada topik pasal nak kahwin umur berapa pun,,..Lelaki banyakbincang pasal benda lain..Tetapi,,kalau perempuan,,..mesti ada topik pasal masa depan la,,..something yang more towards future tau......


Tak percaya...?????Anda kena percaya jugak...Tak percaya lagi,...Suka hati anda lah...hehehe


Saya terdetik hati untuk menulis tentang perkara ini disebabkan oleh seorang junior saya,...bukan apa,,...dia ni dah mempunyai pilihan hati dia..Jadi bila sembang-sembang je dengan dia,,..dia suka cakap tentang future atau pun masa depan dia apabila dia dah besar nanti...Yang peliknya,,..sampai kahwin lah,,.kerjaya lah,,..suami lah,,,...banyak lagi lah....Jadi bila saya tanya dia..

Saya : "Perempuan memang suka berangan-angan ea,,..suka sangat fikir pasal masa depan lah..bila nak kahwin lah..itu la..ini la"

Junior : "Mana ada lah...Aku cuma merancang masa depan aku je...Planning about my future"....


Macam-macam lah dia betah saya hari tu cakap perempuan lebih suka merancang,,..bukan berangan-angan....Tapi kan,,..hakikatnya,,..saya rasa Perempuan memang suka berangan-angan+merancang...Kira dua-dua digabungkan menjadi satu lah....


Tapi saya rasa perkara tu pun sebenaarnya ada baik dan buruknya....Terpulang pada individu jugalah..Mungkin,,..ada sesetengah daripada kita menjadikan angan-angan tu sebagai satu cara merelakskan diri pun boleh jugak.....Mcam-macam pendapatlah....

Saya tak kata perkara tu salah...Tapi kadang-kadang..,,kita patut berpijak pada bumi yang nyata...Kita sepatutnya lebih memikirkan tentang nasib kita sekarang berbanding kahwin,,and those things lah.....Fokuskan pada hidup kita sekarang lah..,,ni tak,,...umur baru Form 1 da pandai rancang anak berapa....Fuhh...!Dahsyat betull....



Kesimpulannya,,....berangan-angan sebenarnya adalah satu cara untuk merancang...Bak kata junior saya tu lah...Tapi ingat,,..jangan pasang angan-angan yang terlalu tinggi,,...nanti tak menjadi kang kecewa habis pulak....Bak kata orang sekarang...,,'Frust Menonggeng lah Jawabnya"..hehe

ingat,,..nak berangan boleh..,,

tapi jangan terlalu berharap....

Saya harap post saya kali ini tak akan mewujudkan perasaan tak puas hati mana-mana pihak....Saya cuma mengutarakan pendapat saya sahaja...Apa-apa pun,,..terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke penamat...Sekian...terima kasih....:D

Thursday 15 March 2012

PILOT...no thanks....^^



Salam kepada semua pengunjung blog saya.....

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya yang tidak seberapa ini...hehe.,,..Sebelum itu,,..saya ingin meminta maaf kerana sudah hampir seminggu saya tidak menulis post baharu...Akibat terlalu busy,,busy,,dan busy menyebabkan saya tiada masa untuk mengupdate blog saya ini langsung...

Baiklah....untuk entry kali ini..,,saya akan berkongsi dengan anda tentang satu perkara iaitu Pilot....

Jom kita mulakan sekarang....


 

PILOT....siapa yang tak kenal kan dengan kerjaya ni....Masa kecik-kecik dulu masa cikgu tanya mesti ramai yang bagi jawapan macam-macam kan...Ada polis la,,,doktor la,,,peguam la,,..tak kurang juga yang pilih Pilot.....Sebenarnya saya memang bercita-cita untuk menjadi seorang pilot pun.....Yela kan,,..mesti syok bile dapat pandu kapal terbang,tengok awan,dudk dalam cabin tu,pastu pakai baju smart....

Masa tu saya tak buat research pasal kerjaya ni lagi,jadisaya ingat kerjaya ni mudah je nak jadi.....Tapi rupa-rupanya kerjaya ni memang antara kerjaya yang paling 'demand' sekali dalam dunia ni...Nak tahu kenapa saya cakap macam tu....,,..?

Sebab,,..untuk pengetahuan anda semua  terutamanya yang bercita-cita untuk menjadi Pilot,...untuk menjadi seorang Pilot,,..anda harus menyediakan duit sebanyak RM 250 ribu ringgit dan ke atas.....Percaya tak?
Tak nak percaya,,..anda kena percaya jugak.....Ini lepas saya buat research dekat laman web Malaysian Flying Academy menyatakan untuk mendapat lesen penerbangan sahaja sudah berharga 250 ribu tambah dengan benda-benda lain lagi semuanya memang mencecah RM 300 ribu ringgit....Mahu tak 'pokai' duit....

Tapi saya tak berputus asa buat research pasal Pilot ni,....saya cari,,cari,,dan cari akhirnya saya dapat tahu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ada menawarkan jurusan untuk menjadi Pilot ni,,..iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeranautik(Penerbangan Professional) tak silap....Course ni memang bagus dan selama 4 tahun anda akan belajar di UTHM...2 tahun teori,,,2 tahun praktikal...tak silap saya lah.....ni link kalau nak tahu syarat kelayakan untuk jurusan ni,,..syarat-syarat kelayakan..

Jadi saya pum mula la pasang harapan sekali lagi nak jadi Pilot ni,,..tapi rupa-rupanya bayarannya sama sahaja iaitu RM 250 ribu.....Ini pun saya tahu lepas saya baca blog bekas pelajar UTHM yang ambil course aeronautik tapi terpaksa keluar sebab faktor kewangan,,..kalau nak baca klik di sini..

Mungkin,,sesetengah daripada anda mungkin berpendapat ada pihak yang akan membantu untuk memberikan biasiswa dan tajaan,,..tapi sebenarnya memang tak ada....Kalau ada pun,,..tajaan tak mungkin sampai RM 250 ribu tu.....Sebab alasan diorang,,Pilot ni adalah 'personal career'....Senang cerita,,...kerjaya untuk menjadi Pilot ni hanya untuk mereka yang berkemampuan a.k.a kaya sahaja.

Jadi saya pun serta-merta memadamkan hasrat saya untuk menjadi Pilot atas alasan kewangan...Saya sedar kemampuan saya,,..jadi saya terpaksa tukar cita-cita saya kepada bidang lain pula.....Tetapi bila saya fikir balik,,..kesian kan dekat orang yang yang kurang berkemampuan tapi nak jadi Pilot...Lepas dah belajar sungguh-sungguh,,..tapi tetap tak dapat jadi juga....hmm...

Walaubagaimanapun,,..saya harap entry saya kali ini tidak membuat anda di luar sana yang memang berhasrat untuk menjadi Pilot kecewa dan putus harapan.Mungkin rezeki anda boleh jadi Pilot ke,,.siapa yang tahu kan...Bak kata kawan saya,,..'WHO KNOWS'.....Mungkin anda memang ditakdirkan untuk menjadi Pilot ke....Apa-apa pun,,..jika anda tahu cara baharu yang ingin diberitahu kepada saya tentang cara mudah nak jadi pilot ke,,..sila tinggalkan di ruangan komen di bawah k....hehe


Akhir kata daripada saya,,..Usaha Tangga Kejayaan...Selamat maju jaya....:)
Salam..






Thursday 8 March 2012

Petua Belajar 'Last Minute'





Assalamualaikum kepada semua....Untuk post kali ini,saya akan berkongsi dengan anda semua tentang petua-petua belajar 'last minit'.....Memandangkan ujian di sekolah saya baru sahaja tamat,jadi saya dedikasikan post ini kepada semua pelajar yang belajar last-last minit macam saya....hehe....


Petua ini saya dapat daripada rakan saya,,,..iaitu Rabbiaatul yang tak pernah jemu memberi tips belajar kepada saya....Saya harap,,petua ini dapat membantu anda semua untuk mengetahui apa yang anda patut buat sekiranya exam tiba-tiba diawalkan ke,,..ataupun anda memang suka belajar macam ni....Ni lah petua yang saya dapat kongsikan.....

Ingat,,.jangan risau dan gelisah jika anda belajar last minit...hehe..
Sentiasa ingatkan dalam diri anda,,ada jalan penyelesaian unuk masalah ini....
Walaubagaimanapun,,,..petua ini janganlah dijadikan teknik belajar k....Ini sekadar untuk pengongsian sahaja....
Baiklah..,,jom kita mulakan sekarang.....




1) Mind Set

- Setkan dalam minda anda yang anda memang dah lambat untuk study,,...jadi focuskan untuk belajar sahaja...Jangan buka Facebook ke,,,Twitter ke,,..Blog ke,,..atau apa-apa sahaja yang dapat mengganggu fokus dan konsentrasi anda untuk belajar....Wujudkan mood BELAJAR supaya anda lebih terkesan k....




2) Bahagikan Masa Mengikut Keutamaan
- Cara ni memang sangat penting terutamanya untuk yang suka belajar last minit....Bahagikan masa anda mengikut keutamaan,,...Sentiasa sedar lagi berapa jam yang anda anda untuk ulangkaji....Sebagai contoh,,.jika keesokan hari ada exam math,science,dan sejarah...Anda susunlah mengikut mana subjek yang anda rasa susah untuk anda kuasai....Macam saya,,..saya lemah fizik,,..jadi saya akan utamakan fizik dahulu berbanding yang lain....
Lagi satu,,..jangan lupa untuk peruntukkan masa untuk setiap subjek...Jangan belajar math sampai 4 jam,,..tapi belajar sejarah 1 jam....Pastikan teratu masa belajar tersebut...





3) Learn To Say No...! 
- Belajar untuk katakan tidak kepada sebarang perkara yang mengganggu anda...Sebagai contoh,,..anda ingin membuka Facebook tapi anda sedar anda dah lambat untuk study,,..jadi tegaskan dalam diri anda un tuk katakan TIDAK...!Ingat,,..belajar untuk katakan tidak....





4) Pastikan Kondisi Badan Dalam Keadaan Bersedia
- Mungkin ramai yang tak faham maksud saya,,..sebelum belajar pastikan keadaan diri anda sudah bersedia untuk membuat ulang kaji....Jika anda mengantuk pasti susah untuk anda belajar kan,,..jadi pastikan kondisi badan anda bersedia....Contoh lain,,..jika anda mengalami resdung,,..hilangkan resdung anda terlebih dahulu kerana takut akan mengganggu fokus ketika sedang study...



5) Buat Latihan Banyak-Banyak
- Baca nota sikit-sikit je ataupun baca bahagian yang anda kurang faham,,..lepas tu terus buat latihan bab yang anda study....Cara ni memang berkesan sebab saya pun amalkan juga...Mungkin melalui latihan anda akan tahu lebih banyak tentang kelemahan anda dan sebagai pengukuhan pengetahuan anda....



6) Buat Nota Ringkas (Dalam Warna)
- Cara ni memang sangat berkesan..Saya boleh jamin sebab saya pengamal setia cara ni..hehe..Buat nota tentang yang anda faham dan fokuskan pada yang akan selalu keluar exam sahaja...Pastikan dalam bentuk 'mind map' dan tulisan dalam warna....Walaupun warna biru,hitam,merah sekalipun cukup,,..yang penting berwarna kerana otak kita akan lebih mudah terangsang dengan sesuatu yang berwarna dan teratur..




7) Panjangkan Masa Belajar Anda
- Pelajar yang sedar dia belum study banyak akan cuba untuk mengambil sedikit masa tidurnya untuk belajar.Jangan terlalu manjakan diri anda...Cuba bertahan untuk sementara waktu sahaja...Pasti anda akan dapat apa yang anda mahu....



Baiklah...itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk post kali ini...Harap anda semua mendapat sesuatu yang bermanfaat melalui tulisan saya di blog ini....

Akhir sekali,,..selamat mencuba....hehe...