Thursday, 8 March 2012

Petua Belajar 'Last Minute'





Assalamualaikum kepada semua....Untuk post kali ini,saya akan berkongsi dengan anda semua tentang petua-petua belajar 'last minit'.....Memandangkan ujian di sekolah saya baru sahaja tamat,jadi saya dedikasikan post ini kepada semua pelajar yang belajar last-last minit macam saya....hehe....


Petua ini saya dapat daripada rakan saya,,,..iaitu Rabbiaatul yang tak pernah jemu memberi tips belajar kepada saya....Saya harap,,petua ini dapat membantu anda semua untuk mengetahui apa yang anda patut buat sekiranya exam tiba-tiba diawalkan ke,,..ataupun anda memang suka belajar macam ni....Ni lah petua yang saya dapat kongsikan.....

Ingat,,.jangan risau dan gelisah jika anda belajar last minit...hehe..
Sentiasa ingatkan dalam diri anda,,ada jalan penyelesaian unuk masalah ini....
Walaubagaimanapun,,,..petua ini janganlah dijadikan teknik belajar k....Ini sekadar untuk pengongsian sahaja....
Baiklah..,,jom kita mulakan sekarang.....




1) Mind Set

- Setkan dalam minda anda yang anda memang dah lambat untuk study,,...jadi focuskan untuk belajar sahaja...Jangan buka Facebook ke,,,Twitter ke,,..Blog ke,,..atau apa-apa sahaja yang dapat mengganggu fokus dan konsentrasi anda untuk belajar....Wujudkan mood BELAJAR supaya anda lebih terkesan k....




2) Bahagikan Masa Mengikut Keutamaan
- Cara ni memang sangat penting terutamanya untuk yang suka belajar last minit....Bahagikan masa anda mengikut keutamaan,,...Sentiasa sedar lagi berapa jam yang anda anda untuk ulangkaji....Sebagai contoh,,.jika keesokan hari ada exam math,science,dan sejarah...Anda susunlah mengikut mana subjek yang anda rasa susah untuk anda kuasai....Macam saya,,..saya lemah fizik,,..jadi saya akan utamakan fizik dahulu berbanding yang lain....
Lagi satu,,..jangan lupa untuk peruntukkan masa untuk setiap subjek...Jangan belajar math sampai 4 jam,,..tapi belajar sejarah 1 jam....Pastikan teratu masa belajar tersebut...





3) Learn To Say No...! 
- Belajar untuk katakan tidak kepada sebarang perkara yang mengganggu anda...Sebagai contoh,,..anda ingin membuka Facebook tapi anda sedar anda dah lambat untuk study,,..jadi tegaskan dalam diri anda un tuk katakan TIDAK...!Ingat,,..belajar untuk katakan tidak....





4) Pastikan Kondisi Badan Dalam Keadaan Bersedia
- Mungkin ramai yang tak faham maksud saya,,..sebelum belajar pastikan keadaan diri anda sudah bersedia untuk membuat ulang kaji....Jika anda mengantuk pasti susah untuk anda belajar kan,,..jadi pastikan kondisi badan anda bersedia....Contoh lain,,..jika anda mengalami resdung,,..hilangkan resdung anda terlebih dahulu kerana takut akan mengganggu fokus ketika sedang study...



5) Buat Latihan Banyak-Banyak
- Baca nota sikit-sikit je ataupun baca bahagian yang anda kurang faham,,..lepas tu terus buat latihan bab yang anda study....Cara ni memang berkesan sebab saya pun amalkan juga...Mungkin melalui latihan anda akan tahu lebih banyak tentang kelemahan anda dan sebagai pengukuhan pengetahuan anda....



6) Buat Nota Ringkas (Dalam Warna)
- Cara ni memang sangat berkesan..Saya boleh jamin sebab saya pengamal setia cara ni..hehe..Buat nota tentang yang anda faham dan fokuskan pada yang akan selalu keluar exam sahaja...Pastikan dalam bentuk 'mind map' dan tulisan dalam warna....Walaupun warna biru,hitam,merah sekalipun cukup,,..yang penting berwarna kerana otak kita akan lebih mudah terangsang dengan sesuatu yang berwarna dan teratur..




7) Panjangkan Masa Belajar Anda
- Pelajar yang sedar dia belum study banyak akan cuba untuk mengambil sedikit masa tidurnya untuk belajar.Jangan terlalu manjakan diri anda...Cuba bertahan untuk sementara waktu sahaja...Pasti anda akan dapat apa yang anda mahu....



Baiklah...itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk post kali ini...Harap anda semua mendapat sesuatu yang bermanfaat melalui tulisan saya di blog ini....

Akhir sekali,,..selamat mencuba....hehe...




8 comments:

  1. haha...poyo je bieber ni,,..
    ape2 pon,,..tx sudi bace...

    ReplyDelete
  2. hehe....khas kpd bdk klas kiter...huhu

    ReplyDelete
  3. nasib baik jumpa. terima kasih !

    ReplyDelete
  4. thanks sebab bgi info yg berguna...mklumla seminggu lgi saya exam tpi persediaan apa pun sy x buat lgi...jdi saya akn set minda utk study hard for the last minute study :)

    ReplyDelete
  5. Thanks bro! Saya dah lama cari tips ni. Insyaallah saya akan cuba amalkan.

    ReplyDelete