Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca post di blog ini.Baiklah,pada kali ini,saya akan berkongsi dengan anda cara yang mudah untuk menguasai Bahasa Inggeris berdasarkan tips yang telah diberikan oleh rakan saya iaitu,Rabbiatul Adawwiyah.....
Pada pendapat saya,kepentingan BI dalam kehidupan seharian kita memang tidak dapat dinafikan lagi.Pada masa ini,BI umpama satu bahasa lingua franca dan menjadi medium komunikasi yang sangat luas di seluruh dunia.Dan sudah pasti lah sebagai manusia yang tidak mahu ketinggalan zaman,pastinya kita tiada pilihan lain selain memilih untuk menguasai BI.
Walaupun sesetengah pihak mendakwa penguasaan BI akan menyebabkan Bahasa Melayu kurang diguna pakai,tetapi kita patut memandang perkara ini dari sudut positif.Dari sudut positifnya,kita akan terbiasa dengan penggunaan bahasa inggeris dan tidak mengalami kejutan bahasa jika melanjutkan pelajaran di peringkat universiti nanti.Guru saya juga pernah berkata,...
"without English,you cannot go far you know"
"you tahu tak kenapa banyak penganggur di Malaysia,puncanya mereka tidak boleh berkomunikasi dalam BI dengan baik"
Hal ini juga menunjukkan BI juga mempengaruhi masa depan kita untuk mencari kerja contohnya.Saya percaya,sekarang ini banyak syarikat Malaysia mahu pekerjanya boleh berkomunikasi dalam BI sepenuhnya.Jadi,,.inilah masanya untuk kita berlatih dan menguasai bahasa ini sebelum terlambat....
Baiklah,di sini saya sertakan tips-tips yang dapat membantu kita semua menguasai BI :
1) Lagu
=> Biasakan diri anda untuk mendengar lagu-lagu dalam BI untuk memudahkan serta membiasakan diri kita dalam bahasa Inggeris.Guru-guru saya juga menyarankan cara ini kerana bukan sahaja dapat membantu kita,bahkan turut membuatkan kita tahu bagaimana ingin menyebut sesuatu perkara dalam BI.
2) Tonton Movie Atau Drama English
=> Cara ini adalah antara cara terbaik untuk menguasai BI sebab saya pun belajar BI menerusi cara ni.Contohnya,drama The Two Of Us,,..drama ini bukan sahaja dalam BI,,..malah subtitle die pun dalam BI juga...Jadi,,..memang sangat membantu terutama cara menyebut sesuatu perkataan tersebut.Cara ini membantu kita untuk mendengar,belajar dan memahami sesuatu perkataan....
3) Rujuk Kamus Jika Terdapat Perkataan Yang Tidak Difahami
=> Cara ini membantu kita untuk memahami perkataan dalam BI dan menambahkan ilmu pengetahuan kita.Walaupun cara ini agak leceh,tapi saya percaya kaedah ini sangat berkesan.Di tambah lagi dengan kemajuan sains dan teknologi zaman sekarang,kita tak perlu selak helai demi helai lagi kamus tu,tapi kita boleh mencari maksud tersebut secara online ataupun menggunakan BESTA(kamus elektronik).
4) Biasakan Diri Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
=> Pilih seorang rakan yang boleh bertutur dalam BI dan cuba ajak dia untuk bertutur dalam BI.Biasakan melatih diri anda dengan kaedah ini.Kaedah ini sangat berkesan kerana kita dapat mengenal pasti kesalahan kita dan memperbaiki cara penyebutan kita juga.Cara ini juga membantu meningkatkan keyakinan diri kita semasa bercakap.Ramai pelajar yang berasa malu untuk bercakap BI kerana takut salah sebut,tapi sebenarnya dari situlah kita belajar.
5) Bertanya Kepada Yang Pakar a.k.a Cikgu
=> Jika kita ragu akan cara sebutan kita,ataupun kita tidak memahami sesuatu perkataan,bertanya kepada cikgu adalah cara terbaik.Selain cikgu,mungkin kita boleh bertanya kepada rakan atau ibu bapa kita.Ingat,jangan malu bertanya,nanti sesat jalan....huhu
6) Banyak Membaca Buku Bahasa Inggeris
=> Cara ini adalah yang paling berkesan untuk membina 'vocabulary' kita di samping dapat menambah ilmu pengetahuan.Kita juga dapat meningkatkan kemahiran menulis esei dan dapat memanfaatkan masa kita dengan aktiviti berfaedah.
Sekian sahaja untuk kali ini.Harap post kali ini berguna untuk diri anda.Terima kasih....
semua aku stuju n sokong..aku taghu cikgu sapa yg ckp
ReplyDelete"without English,you cannot go far you know"
"you tahu tak kenapa banyak penganggur di Malaysia,puncanya mereka tidak boleh berkomunikasi dalam BI dengan baik"..
cikgu jeyamani...^_^
haha..tau tak pe...hidup cikgu jeyamani...hehe
ReplyDeletecikgu jeyamani pon pernah ckp mcm gtu jugak kat kitaoorg :)
ReplyDelete