Wednesday, 15 February 2012

Ceritera Nadsri Amir [Salam Perkenalan]

          Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog saya ini.Alhamdulillah saya dapat membuat blog yang merupakan satu madah pengongsian serta pembelajaran ini walaupun dalam masa yang singkat.Sebenarnya menulis blog bukanlah satu daripada rancangan hidup(life's plan) saya apatah lagi dengan jadual masa saya yang agak padat serta sikap saya sendiri yang agak malas untuk menulis 'post' baharu selalu.Sebelum ini,idea untuk menulis blog memang pernah ada dan saya serta rakan-rakan saya ; amira dan syuhada telah pun membuat satu blog yang lebih berunsurkan islamik (http://wwwuncoverthetruth.blogspot.com)  tetapi malangnya faktor masa dan sikap membuatkan blog itu 'sunyi sepi' daripada post baharu.Akibatnya,blog itu umpama dipenuhi 'sarang labah-labah' kerana tidak 'dibersihkan' selalu.


         Blog yang saya buat ini sebenarnya bertujuan berkongsi tentang hidup serta aktiviti harian saya dan saya juga berancang untuk menjadikan blog ini sebagai ruang untuk menempatkan dan meluahkan pandangan dan pendapat saya tentang apa-apa sahaja isu.Saya juga ingin menjadikan blog ini sebagai alat perkongsian pembelajaran kepada rakan-rakan pelajar terutamanya pelajar SPM tahun ini.Mungkin saya akan berkongsi cara dan panduan menulis esei,link-link pelajaran,sebarang info pelajaran terkini dan sebagainya.Saya juga akan berusaha untuk memastikan segala tulisan dalam blog saya ini dapat membantu pengunjung semua.Saya tidak mahu blog ini dicop 'useless' ataupun tidak berguna kepada para pengunjung kerana tidak memberikan apa-apa faedah langsung. 


         Oleh itu,saya akan cuba untuk mencuri masa saya untuk memastikan blog ini sentiasa 'up-to-date' dan aktif.Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang mengunjung blog ini serta meluangkan masa membacanya walaupun blog ini blog baharu.Satu perkara yang pasti,saya akan cuba untuk menambahbaikkan lagi blog saya ini supaya lebihceria dan 'sedap mata memandang'.Jika anda mempunyai sebarang cadangan,sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.Akhir sekali,salam perkenalan daripada saya (Nadsri Amir) dan terima kasih.

   

4 comments:

  1. teruskan usaha.. jadikan blog satu usaha untuk menyampaikan pandangan kita...

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu...
    saya akan cuba sedaya upaya...
    tx..

    ReplyDelete
  3. Kejayaan didalam menyampaikan ilmu atau idea-idea yang baru akan mencetuskan suatu perubahan pada diri seseorang atau sejagat.
    Oleh itu semangat diperlukan pada setiap apa yang diceburi, insya.Allah teruskan perjuangan dan jangan sesekali kedekut ilmu yang telah anda perolehi. ('',)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima ksih abang aidil...
      i will try my best...tx...

      Delete