Perasan tak,,berucap depan orang ramai adalah satu perkara yang sangat susah bagi sesetengah orang.Ada
sesetengah tu lebih prefer cakap2 belakang daripada tampil ke
hadapan untuk bercakap.Tanpa kita sedari,,..sebenarnya,,.aktiviti bercaka di depan orang ramai ni memang sangat penting,,.especially kalau da masuk U nanti...Jadi,,..nak ke x nak ke kite kena kuasai juga bende ni supaya pada masa akan datang,,.kite tak lah kaku sangat..Tips nie saya buat sendiri based on pengalaman saya yang banyak melibatkan aktiviti bercakap depan orang ramai...so kalau korang tak setuju,,..buat tis sendiri ok..hehe...gurau je...
Ok,,..jom mulekn...
Lupe nak bagi tau,,..saya tulis formal sikit kali nie k...
Ok,,..jom mulekn...
Lupe nak bagi tau,,..saya tulis formal sikit kali nie k...
1) Pastikan Diri Anda Bersedia
Sebelum
memberikan ucapan atau bercakap dihadapan khalayak ramai,anda hendaklah
memastikan diri anda cukup bersedia untuk berucap.Sediakan diri anda dengan apa
yang anda ingin sampaikan.Pastikan semua isi,huraian,dan contoh berada dalam
ingatan anda.Jangan sesekali berucap dengan keadaan diri yang tidak bersedia.
2) Bayangkan Anda Bercakap Dengan Rakan-rakan
Terdapat
sesetengah pelajar yang tidak dapat bercakap dan berucap di khalayak ramai atas
alasan terlalu gementar dengan orang yang tidak dikenali di hadapan mereka.Oleh
itu,untuk mengatasi masalah ini,senang sahaja caranya adalah dengan
membayangkan semua pendengar di hadapan anda itu adalah rakan-rakan rapat
anda.Melalui cara ini,anda tidak akan berasa kaku apabila berucap di hadapan
rakan anda.
3) Tarik Nafas dan Bertenang
Berikut
merupakan satu cara yang sangat efektif untuk berucap di hadapan orang
ramai.Cuba bertenang terlebih dahulu,pejam mata dan kawal degupan jantung
anda.Tarik nafas perlahan-lahan dan cuba bayangkan semuanya akan menjadi
baik.Walaupun degupan jantung anda semakin kencang,cuba untuk relaks dengan
memikirkan perkara lain.Kaedah ini akan membantu anda untuk berucap dengan
lebih spontan dan bersahaja.
4) Sentiasa Senyum
Melalui
senyuman,anda bukan sahaja telah menenangkan diri anda,anda juga telah menambat
hati pendengar anda sekaligus.Cara ini juga dapat melindungi ekspresi wajah
anda yang gementar dan gugup.
Itu sahaja setakat nie yang boleh saya kongsikan,,..harap dapat bantu korang k....Sekian...Salam..
Itu sahaja setakat nie yang boleh saya kongsikan,,..harap dapat bantu korang k....Sekian...Salam..
OK-2 AKU DA DAPAT DA :)
ReplyDelete