Thursday 27 December 2012

Tak Tau Nak Jadi Ape...




 Salam..wah..tup tup hari ni dah 27/12/2012 da kan...hmm..cepat betul masa berlalu sampai kita tak sedar dah nak habis tahun 2012 dah pun...Setelah banyak kenangan yang dah kita tempuh,,.akhirnya 2012 akan melabuhkan tirainya..cewah...hahaha

Ok ok,,.kali ni aku nak tulis pasal kerunsingan a.k.a kepeningan a.k.a ketaktauan aku tentang kerjaya yang aku nak jadi pada masa depan..Korang mesti tak pecaya kan kalau aku cakap aku masih tak tahu nak jadi apa sampai sekarang..Owh,,korang percaya???ok...hahahah..saja buat lawak bodoh..Jangan marah ea..Aku pun dah pening nak jadi apa,,.dah lah mak mengharap sangat aku ade kerjaya yg ok(yang bagus)...Masalahnya,,.aku pun tak tahu nak jadi apa...

Orang cakap tanya diri kita baik-baik,,apa minat kita,,kita cenderung pada pa and bla bla bla....Bila aku tanya diri aku,,.entahlah..aku seorang yang suka becakap..suka perform depan public..suka macam-macam..Aku ingat nak jadi news reporter je,..tapi banyak sangat yang membantah a.k.a tak menyokong...Diorang cakap ;

'amek science tapi jadi news reporter,,.tak ke pelik tu'

'penat je belajar science 2 tahun,,.tapi tiba-tiba nak jadi news reporter'

dan banyak lagilah...aku pun malaz nak masukkan kat sini..nanti korang boring pulak bila baca...Aku dah buat research dah pasal news reporter ni,,.tak silap aku,,.tak silap lah...aku kena ambil jurusan 'mass communication' kat U dan U yang paling bagus masscom ialah UiTM..Dengar ceritalah...Tapi tulah,,.aku masih tak tahu sama ada jurusan ni adalah jurusan yang muktamad,,.maksudnye aku tak pasti sama ada aku dah buat satu keputusan yang betul atau pun tak dengan ambil jurusan ni nanti..Tu pasal lah aku masih belum daftar mana-mana permohonan sebab aku pun tak tahu betul ke tak tindakan aku...Family,,Friends,,ngan cikgu pun banyak yang tak sokong...Diorang galakkan aku ambil science...hmm..

Ok,,.sekarang cite pasal jurusan science pulak ea..Abang angkat aku kat UTM cakap,,
'kadang-kadang minat tu akan datang dengan sendiri dalam diri kita...'
aku pun tak tahu,,.tapi tu based on pengalaman dia lah..Dia cakap dulu pun dia tak tahu nak jadi apa,,.dan dia tak minat pun science(sama cam aku)..Tapi memandangkan dia anak sulung dan perlu meningkatkan keadaan family dia,,.(pewit)..dia pun ambik lah jurusan engineering(yang paling aku tak minat)..Entah macam mana dia cakap slowly minat tu akan timbul juga dalam diri kita..

Jadi berbalik kepada aku,,.aku rasa keadaan dia dengan keadaan aku hampir sama..Aku okay dalam bidang science sebenanya walaupun aku tak minat..But I still scored well...n fyi,, My fevret subject is Add Math..Tapi tu lah,,.aku tak berapa nak minat engineering ni...Fikir pasal tanggungjawab yang perlu aku bawak pulak,,.n impian aku untuk bahagiakan 'my percious mama'..entahlah..tiba-tiba rasa cam nak amek engineering je....Tapi tu lah,,.aku takut nanti aku tak minat,,.n aku tak boleh bawak dan kahirnya aku fail...!

Siapa tau kan...arrggghhh peningnya...Lagi-lagi aku tengok kawan-kawan aku ramai dah sambung..Diorang guna result trial diorang yang power tu..Ain da sambong UTHM,,.n banyak lagi lah...aku rasa aku perlu fikir cepat-cepat..Aku perlu racang future aku betul-betul...Masalhanya,,.aku pun pening dengan pilihan aku..ku dah try dah buat ujian minat ke ape ntah kat kaunseling as well as in internet too,,.tapi merepek je keputusan yang aku dapat...Ada ke patut aku disuruhnya jadi pelakon,,.jadi sukarelawan...macam-macam lagi lah...hmm...Kadang-kadang aku malas sangat nak pikir tau...

So,,.aku mohon kalau korang ada nasihat untuk aku,,.sila lah kongsi ye.ke korang ada pengalamn yang boleh aku jadikan iktibar ke,,.sila lah beritahu..sebab sekarang ni otak aku dah bercelaru dah....Aku cuma harap pilihan aku tu adalah yang terbaik dan boleh tak buat kau menyesal...

1 comment:

  1. Betul!minat tue akan dtg dgn sdri...! :D oh minat add math! jgn risau...dlm engineering mmg akan xmath tue...dari awal sem hgga lah hbs sem...:D tpi xpggl xmath lagi lah....sesetengah u panggil calculus! dan ada juga yg pggl eNGINEERING mATH.. :p..good luck...buat isthikharah

    ReplyDelete